SAYA HANYA MENCUBA YANG TERBAIK DEMI PASUKAN - SAUFIUDDIN BIN IBRAHIM


Siapa sangka sepakan tanpa dirancang oleh pemain PEDATAR FC berjaya menjaringkan gol yang ke2.  Beliau sendiri tidak menyangka sepakan tinggi telah berjaya menembusi jaring gol pasukan lawan.

Jaringan beliau meningkatkan lagi semangat pasukan dan telah mendorong kepada jaringan ke3 bagi Pasukan PEDATAR FC dan memenangi pelawanan diantara EX-ROMPIN pada 28 Julai 2016.  Diharap pada perlawanan akan datang beliau dapat menuruskan lagi permainan dengan skill yang terbaik demi pasukan PEDATAR FC.

KEMENANGAN PERTAMA PEDATAR FC VS EX-ROMPIN PADA 28 JULAI 2016 (3-2)

ROMPIN, 28 JULAI 2016 : Perlawanan diantara PEDATAR FC dengan pasukan EX-Rompin telah berlangsung di padang Kg. Kolam pada jam 5.15 petang.Walaupun dalam keadaan cuaca hujan dan padang agak licin, namun PEDATAR FC dengan tiada sebarang sesalan telah berjaya memenangi perlawanan yang berkesudahan 3 berbalas 2 semalam.

Secara keseluruhan, perlawanan diantara pasukan adalah seimbang namum EX_Rompin tidak mampu menandingi skill bermain yang ditonjolkan oleh ahli pasukan PEDATAR FC.

Walaubagaimanapun, perlawanan agak sedikit terganggu dengan beberapa insiden dan keputusan pengadil yang agak tidak dipersetujui oleh sebilangan penonton yang datang menyaksikan perlawanan tersebut.

Berikut adalah koleksi gambar sepanjang perlawanan.




































































Disediakan oleh:
KREW MEDIA PEDATAR FC