JAMUAN MAKAN MALAM PASUKAN PEDATAR BERSAMA PASUKAN PEJABAT TANAH DAERAH MERSING

MERSING, 28 Oktober 2016 - Selesai sahaja perlawanan persahabatan bola sepak diantara pasukan PEDATAR dan Pejabat Tanah Daerah Mersing pada petangnya, pasukan PEDATAR dibawa pula ke satu lokasi untuk diberikan peluang untuk membersihkan diri, solat dan menghadiri majlis jamuan makan malam yang telah disediakan oleh Pejabat Tanah Daerah Mersing.

 Walaupun pasukan masing-masing kelihatan agak letih, namun suasana amatlah ceria dengan masing-masing menceritakan kisah perlawanan pada petangnya. Tidak hanya dengan sekadar menyediakan makan malam yang enak, seluruh ahli pasukan PEDATAR juga turut menerima cenderahati daripada Ketua Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Daerah Mersing untuk dijadikan kenangan.

Pihak pasukan PEDATAR amatlah terharu dan berterima kasih dengan segala layanan yang diberikan dan akan cuba membalasnya dengan lebih baik apabila Pejabat Tanah Daerah Mersing pula yang akan mengunjungi Kuala Rompin dalam masa terdekat nanti.

Berikut adalah sedikit sebanyak gambar ketika jamuan makan malam tersebut,

















Disediakan oleh,
Krew Media Pedatar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »