USAH FIKIRKAN HABUAN TETAPI FIKIRKAN APA AHLI PASUKAN DAPAT LAKUKAN PADA PEDATAR FC

ROMPIN, 25 Ogos 2016 : "USAH FIKIRKAN HABUAN TETAPI FIKIRKAN APA AHLI PASUKAN DAPAT LAKUKAN PADA PEDATAR FC" kata salah seorang pemain veteran pasukan PEDATAR FC pada ahli kumpulan ketika sesi mesyuarat taktikal untuk menghadapi perlawanan peringkat separuh akhir bertemu pasukan ALAM FLORA ROMPIN.

Selaku pemain yang lebih makan garam berbanding pemain-pemain PEDATAR FC yang lain, beliau yang lebih dikenali sebagai Tok 4 Lye menekankan agar para pemain terus meningkatkan prestasi dan memberi 110% ketika berada di atas padang.

Didoakan supaya pada perlawanan petang ini, Pasukan PEDATAR FC akan berjaya dan melangkah ke peringkat akhir (FINAL). PEDATAR FC JUARA!!!


BERKESUDAHAN SERI TANPA MATA DENGAN PASUKAN GURU TANJUNG GEMOK MELAYAKKAN PEDATAR FC KE SEPARUH AKHIR

ROMPIN, 22 Ogos 2016 : Dalam  pertemuan diantara pasukan GURU TANJUNG GEMOK dengan PEDATAR FC, berkesudahan hanya dengan seri tanpa mata. Walaupon berkeputusan seri, pasukan PEDATAR FC telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan bakal bertemu dengan pasukan ALAM FLORA ROMPIN.

Dalam perlawanan tersebut, banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol oleh pasukan PEDATAR FC. Pelbagai serangan dihalakan ke arah pintu gawang gol pasukan lawan namun tiada yang berjaya dijaringkan. Manakala didapati pasukan GURU TANJUNG GEMOK lebih memilih untuk beraksi secara pertahanan dan hanya bila berpeluang baru ada cubaan untuk menjaringkan gol namun tidak ada yang berhasil.

Ucapan syabas dan tahniah juga pada pasukan PEDATAR FC, walaupon seri namun pemain-pemain menunjukkan prestasi yang amat baik di atas padang dan tidak pernah berhenti melakukan serangan ke arah pasukan lawan. SYABAS PEDATAR FC

Berikut beberapa foto ketika perlawanan diadakan;




















DUA PENYERANG HANDALAN PEDATAR FC IBARAT RAUL & FERNANDO MORIENTES


ROMPIN, 22 Ogos 2016 : Tidak dapat disangkal lagi, gabungan dua penyerang hebat (MOHD NORHAFIZUL & MOHD AZLY) dalam pasukan PEDATAR FC sedikit sebanyak memberi impak pada pasukan. Kehebatan mengelecek dan menjaringkan bola pada pintu gol lawan sememangnya suatu perkara yang tidak boleh diambil remeh oleh pasukan lawan.

Hubungan baik mereka berdua samada di dalam mahupun di luar padang boleh diibaratkan umpama adik-beradik yang tidak dapat dipisahkan lagi. Kelincahan mereka berdua pula dan sefahaman ketika beraksi di ibaratkan seperti Raul & Fernando Morientes.

"Dibeli daripada Real Zaragoza, Fernando Morientes pada asalnya dibeli sebagai back up Davor Suker atau Predrag Mijatovic. Walaupun bergelar back up, Morientes menunjukkan dirinya lebih secocok dengan Raul berbanding Suker dan Mijatovic. Musim 1998/1999 ketika Real Madrid dikendalikan oleh John Toshack merupakan titik permulaan kelahiran pasangan Raul dan Morientes. Kedua-duanya serasi. Raul sebagai finisher yang laju dalam kotak penalti, Morientes sebagai pencipta yang kreatif dan kuat. Raul menjaringkan 80 gol sepanjang 4 musim berganding dengan Morientes."
 Semoga dengan kerjasama ahli-ahli pasukan dan dua penyerang hebat ini, pasukan PEDATAR FC bakal melangkah ke FINAL dan bergelar JUARA tahun 2016.

PEDATAR FC MENGESAHKAN TIKET KE SEPARUH AKHIR SETELAH MENGALAHKAN PASUKAN TNB 2-0


ROMPIN. 19 Ogos 2016 :  Bagaikan Sang Harimau Kumbang, Pasukan PEDATAR FC mula menunjukkan taringnya sejak mula memenangi beberapa perlawanan bola sepak. Sejak kejayaan pasukan PEDATAR FC kebelakangan ini, ramai pasukan lain mula memerhatikan gerak permainan dan taktikal yang digunakan oleh Pengurus pasukan PEDATAR.

Pada hari khamis baru-baru ini, Pasukan PEDATAR FC telah bertemu dengan pasukan TNB. Walaupon dalam keadaan cuaca mendung selepas hujan dan padang yang agak basah, pasukan PEDATAR FC berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan 2 berbalas 0.

Perlawanan diantara pasukan agak tegang dan segit apabila kedua-dua pasukan amat bernafsu untuk menjaringkan gol namun benarlah apa yang dikata, bola itu bulat dan sekali lagi kemenangan milik pasukan PEDATAR FC.

Ucapan tahniah penuh penghormatan juga diberikan pada para pengadil yang mengadili perlawanan tersebut dengan penuh keadilan dan berintegriti. Tahniah juga pasukan TNB kerana memberikan perlawanan yang sengit pada pasukan PEDATAR FC.

Berikut beberapa foto ketika perlawanan diantara pasukan PEDATAR FC dan pasukan TNB;