TIGA PEMAIN YANG MENGHARUMKAN NAMA PASUKAN PEDATAR DI STADIUM MERSING


ROMPIN, 31 Oktober 2016 - Ucapan terima kasih buat tiga pemain bola sepak pasukan PEDATAR iaitu, 
  • MOHD NORHAFIZUL BIN MUHAMAD SAID
  • MOHD AZLY BIN KAMARUDIN
  • AHMAD NASYARUDDIN A.BAKAR
atas kesungguhan ketika perlawanan persahabatan diantara pasukan PEJABAT TANAH DAERAH MERSING dan berjaya menjaringkan gol sekali gus membawa kemenangan pada pasukan PEDATAR. Diharap pemain-pemain dalam pasukan PEDATAR yang lain akan turut mencontohi kesungguhan dan keazaman seperti mereka bertiga dan semoga nama pasukan bola sepak PEDATAR akan dikenali di seluruh Malaysia. Insya Allah.

JAMUAN MAKAN MALAM PASUKAN PEDATAR BERSAMA PASUKAN PEJABAT TANAH DAERAH MERSING

MERSING, 28 Oktober 2016 - Selesai sahaja perlawanan persahabatan bola sepak diantara pasukan PEDATAR dan Pejabat Tanah Daerah Mersing pada petangnya, pasukan PEDATAR dibawa pula ke satu lokasi untuk diberikan peluang untuk membersihkan diri, solat dan menghadiri majlis jamuan makan malam yang telah disediakan oleh Pejabat Tanah Daerah Mersing.

 Walaupun pasukan masing-masing kelihatan agak letih, namun suasana amatlah ceria dengan masing-masing menceritakan kisah perlawanan pada petangnya. Tidak hanya dengan sekadar menyediakan makan malam yang enak, seluruh ahli pasukan PEDATAR juga turut menerima cenderahati daripada Ketua Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Daerah Mersing untuk dijadikan kenangan.

Pihak pasukan PEDATAR amatlah terharu dan berterima kasih dengan segala layanan yang diberikan dan akan cuba membalasnya dengan lebih baik apabila Pejabat Tanah Daerah Mersing pula yang akan mengunjungi Kuala Rompin dalam masa terdekat nanti.

Berikut adalah sedikit sebanyak gambar ketika jamuan makan malam tersebut,

















Disediakan oleh,
Krew Media Pedatar

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA PASUKAN PEDATAR DAN PEJABAT TANAH DAERAH MERSING (3-2)

MERSING, 28 Oktober 2016 - Baru-baru ini telah diadakan perlawanan persahabatan diantara pasukan bola sepak PEDATAR dan Pejabat Tanah Daerah Mersing. Perlawanan diadakan dengan jayanya di Stadium Mersing, Johor.

Perlawanan bermula pada jam 5.30 petang dan berkesudahan dengan keputusan pasukan PEDATAR berjaya dengan jaringan gol 3 berbalas 2. Tiada sebarang ketegangan berlaku diantara dua pasukan cuma beberapa pemain pasukan PEDATAR mengalami kecederaan ketika perlawanan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan pada tuan rumah, Pejabat Tanah Daerah Mersing atas layanan dan segala persediaan yang diadakan untuk pasukan pelawat, PEDATAR. Nantikan perlawanan sambungan dengan Kuala Rompin pula menjadi tuan rumah menerima ketibaan pasukan bola sepak Pejabat Tanah Daerah Mersing. Terima kasih lagi sekali dari kami semua!

Berikut adalah koleksi gambar ketika perlawan diadakan di Stadium Mersing,






















































Disediakan oleh:
Krew Media Pedatar